HOME :: APAKAH FOREX :: KURSUS FOREX :: BROKER FOREX :: TESTIMONI :: FAQ :: PERHUBUNGAN

SAYA TIADA PENGALAMAN TRADING FOREX ADAKAH INI SESUAI UNTUK SAYA?

YA BOLEH!. Saya dan pasukan saya akan memberi panduan apa saja yang perlu sebagai trader Forex. Disinilah anda akan menambah pengalaman anda sebagai trader Forex.

   

SAYA TIADA MASA, TIDAK PANDAI, MALAS TOLONG TRADE UNTUK SAYA?

Saya tidak pernah dan akan menawarkan/menerima/mengambil/melaburkan mana-mana wang individu. Itu menyalahi undang-undang. Jangan terpedaya jika anda didatangi oleh individu yang menyamar sebagai wakil Akademi Forex Malaysia & mengambil wang anda untuk dilaburkan.

   

BAGAIMANA JIKA ADA PERTANYAAN LAIN YANG BELUM TERJAWAB DISINI?

Anda boleh menghubungi saya melalui email, sms atau telefon tetapi pastikan anda sudah membaca dulu di bahagian FAQ. Kerana saya tidak akan menjawab pertanyaan yang berulang-ulang yang sudah dijawab dalam FAQ. Anda boleh email pertanyaan anda ke akademiforexmalaysia@yahoo.com

   

SAYA MAHU CUBA DULU

Jika anda sekadar mahu mencuba-cuba sahaja, saya cadangkan anda keluar saja dari website ini untuk mengelakkan anda kehilangan wang anda. Saya mencari kawan yang serius sahaja untuk berkongsi ilmu tentang Forex.

   

SAYA TIDAK MINAT FOREX LAH

Saya biasa dengar kata-kata ini, Saya tidak salahkan anda. Ada pepatah melayu mengatakan "tak kenal maka tak cinta". Bagaimana kita minat dengan sesuatu yang kita tidak kenal kan?

   

INDIKATOR BOLEH DIUJI MENGGUNAKAN AKAUN DEMO?

YA BOLEH. Sehingga anda betul-betul faham cara penggunaan barulah anda boleh menggunakan wang sebenar untuk trade.

 

 

ADAKAH INDIKATOR INI BERFUNGSI UNTUK SEMUA BROKER?

Indikator, boleh berfungsi untuk semua broker yang menggunakan Metatrader4. Anda boleh lihat senarai broker di laman Broker Forex

   
ADAKAH MEMERLUKAN WANG YANG BANYAK UNTUK BERMULA?

TIDAK. Anda boleh bermula dengan modal serendah $1, $10, $100, $1,000 atau $10,000. Ingat anda boleh menggunakan akaun demo terlebih dahuluKlik sini untuk melihat senarai broker yang menyediakan deposit serendah $1

   
ADAKAH SAYA PERLU MEMBELI INDICATOR LAIN?

TIDAK. Indikator ini lengkap dan automatik untuk memberi isyarat untuk masuk buy atau sell. Semua automatik. Tidak perlu garis sana sini atau sukat sana sini.

   
APA YANG MEMBUATKAN INDICATOR INI BERBEZA DENGAN "ROBOT"?

INDICATOR FOREX MALAYSIA adalah satu sistem perdagangan manual di mana anda yang memutuskan trade berapa jumlah wang yang kita mahu. Sistem ini akan menyediakan isyarat sama ada masa sesuai untuk membeli atau menjual. Kita yang membuat keputusan bukan robot yang diprogramkan.

   

KENAPA INDICATOR ANDA JAUH LEBIH BAIK DARIPADA SISTEM LAIN?

Indicator saya terbukti boleh menjana wang. Inilah indicator yang saya gunakan sekian lama. Lihat cara-cara dan bukti-bukti pendapatan saya. Walau bagaimanapun saya tidak memaksa anda untuk mempercayai saya. Anda boleh menilai dan membuat keputusan sendiri. Saya selalu berpegang kepada kata-kata ini "Biar rugi mencuba asal jangan rugi kerana tidak mencuba".

   

BAGAIMANA AKADEMI FOREX MALAYSIA BOLEH MEMBANTU SAYA?

Anda akan diberikan Indikator bersama dengan Ebook Panduan penggunaannya anda hanya perlu ikut peraturan-peraturan yang diberikan seperti peraturan signal dan peraturan Money Management. Kami ajar anda dari pada asas sehingga anda boleh menjana wang.

   

ADA JAMINAN KEJAYAAN UNTUK SAYA?

Trade Forex sama seperti bisnes lain. Ia memerlukan kesabaran, disiplin dan kemahiran yang tinggi. Saya boleh beri jaminan anda boleh berjaya jika anda boleh mengikut peraturan-peraturan yang ditatapkan.

   

BANYAK ORANG CAKAP RUGI DALAM FOREX

Kalau anda mahu belajar tentang FOREX tanyalah orang yang sudah berjaya dalam FOREX. Jika anda tanya penoreh getah, mekanik atau orang yang gagal dalam Forex. Saya pasti memberikan jawapan yang berbeza.

   

FOREX INI BERISIKO

Apa-apa pun bisnes yang kita buat adalah berisiko. Kata orang "Risiko hanya datang apabila kita melakukan sesuatu pekerjaan yang kita tidak tahu". Bagi saya apabila anda sudah pakar dalam bidang anda, anda merasakan langsung tiada risiko atau risiko boleh dikurangkan.

   

SAYA PENING TIDAK TAHU APA ITU FOREX

Tidak ada manusia yang terus pandai. Kita kena belajar. Sebab itulah adanya sekolah.

   
APAKAH AKADEMI FOREX MALAYSIA (AFM)?
 

Akademi Forex Malaysia (AFM) adalah Akademi yang ditubuhkan bertujuan untuk mengajar kemahiran trading forex dengan cara yang betul. AFM bukan syarikat pelaburan. Kami TIDAK menerima sebarang bentuk dana untuk dilaburkan dan tidak memberikan apa-apa nasihat pelaburan. Contoh yang dipaparkan dalam website ini adalah hasil trading pelajar-pelajar dan juga  persendirian sahaja. Segala keuntungan dan kerugian dari trading Forex, adalah bergantung kepada pasaran dan tindakan individu. Jika anda didatangani oleh individu, syarikat atau pihak-pihak tertentu yang mengaku wakil AFM dan memungut wang dengan menggunakan nama AFM sila laporkan kepada pihak kami atau pihak polis dengan segera.

   
APAKAH BROKER YANG DIGUNAKAN OLEH PELAJAR-PELAJAR DI AFM?
 

Kami tidak mengkhususkan broker Forex yang mesti anda gunakan dalam AFM. Anda bebas memilih asalkan broker yang betul. Antara broker Forex yang popular, sudah lama dan tiada masalah pengeluaran dan deposit seperti, Instaforex, LiteForex, Forex4you, FXNet, FXTM, Dukascopy, JustForex, Commexfx, FBSFX, FxPrimus, sila lihat senarai di bahagian broker forex

   
APAKAH SISTEM PEMBAYARAN YANG DICADANGKAN?
 

Kami menggalakkan anda menggunakan sistem pembayaran seperti SKRILL, OKPAY dan PAYPAL untuk melakukan Deposit dan Withdrawal. Dengan cara ini anda tidak perlu berurusan dengan mana-mana IB.

   
ADA JAMINAN SAYA AKAN TERUS PANDAI TRADING?
 

Kami tidak memberikan apa-apa jaminan. Ia bergantung kepada penerimaan seseorang. Apa yang kami lakukan adalah memberikan pendidikan dan latihan yang terbaik sehingga pelajar-pelajar kami betul-betul boleh trade dengan cara yang betul. Jika anda mengikuti semua peraturan yang diajar kami jamin anda boleh berjaya.

   
ADAKAH KURUS ANDA BERKUALITI?
 

Kami sangat yakin dengan kualiti sistem pembelajaran dan teknik yang kami berikan. Setakat ini ramai yang sudah pandai trade tanpa rugi. Ada yang sudah lebih 9 tahun trading Forex hanya memperolehi keuntungan selepas menyertai Akademi kami. Sila rujuk di bahagian testimoni.

   
BILA LAGI ADA PENGAMBILAN PELAJAR?
 

Kami melakukan pengambilan pelajar baru setiap bulan.

   
APAKAH HAD UMUR DAN KELAYAKAN MENJADI PELAJAR?
 

Mestilah 18 tahun keatas. Mestilah mempunyai Laptop dan sambungan internet seperti broadband. Kami hanya mahu mengambil pelajar yang betul-betul berminat tentang Forex tanpa mengira latarbelakang pendidikan, kerjaya dan pangkat.

   
SAYA SUDAH TAHU ASAS FOREX. BOLEHKAH SAYA TERUS KEPADA TEKNIK TRADING?
 

Jika anda sudah tahu tentang Asas Trading Forex anda sepatutnya sudah pandai trading. Asas tentang Forex bukan sekadar mengetahui apa itu Pips, Leverage, size dan sebagainya tetapi juga asas tentang mengenalpasti kekuatan dan arah trend, cara terbaik masuk dan keluar market selepas untung dan sebagainya.

   
SIAPA MENTOR AFM?
   
 

Saya Seorang Trader "Underground" & Lebih Suka Buat Duit dengan senyap-senyap. Saya tidak suka dikenali, tidak perlu masuk TV, Akhbar, Radio dan sebagainya, Saya boleh menjana wang sendiri tanpa berjumpa atau bergantung dengan sesiapa hanya menggunakan Laptop dan sambungan Internet dan duduk-duduk di rumah tanpa gangguan dan tahu punce pendapatan saya.

Sudah lebih Sembilan tahun menjadi Trader Forex sepenuh masa, Saya boleh buat duit tanpa berjumpa sesiapa, mengambil deposit, menipu orang lain, menelefon sesiapa, menjual barang, mesyuarat sana sini dan sebagainya.

Ada orang tanya saya kalau boleh buat duit dalam senyap-senyap buat apa lagi susah-susah buat kelas, mengajar orang lain? bukankah itu buang masa? Jika difikirkan memang buang masa, bikin menyempah, menyusahakan tetapi biasanya ini cara orang gagal berfikir.

Saya mengajar selepas saya sudah berjaya, dan trading forex ini sebenarnya mudah jika kita sudah tahu caranya. Saya masih muda dan masih bertenaga, saya banyak masa terluang buat masa ini dan saya ambil kesempatan untuk berkongsikan pengalaman saya. Dan saya rasa tidak rugi berkongsi sebab duit di Torex tidak akan habis dan semua orang boleh menjadi trader Forex. Lagipun saya gembira jika saya dapat membantu orang lain berjaya.

Ramai yang sudah saya bantu,, daripada budak kampung tiada sekolah, penganggur, sekolah tinggi tapi tiada kerja.. kini saya gembira melihat mereka sudah berjaya dan mempunyai perniagaan sendiri.. Ramai juga trade yang selama ini tidak pernah untung-untung tapi selepas menyertai kursus saya kini hampir tiap hari boleh withdraw keuntungan.

Bagaimana dengan anda?

 

 

 

 

Copyright © 2015-2018. WWW.AKADEMIFOREXMALAYSIA.COM. All Rights Reserved.